DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN 2015


DIVIDEN bagi Tahun Kewangan 2015 adalah diluluskan sebanyak 14% sahaja. Sehubungan dengan itu, Surat kelulusan pembayaran Dividen Bagi Tahun Kewangan 2015 yang bertarikh 29 Ogos 2016 dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diterima oleh Kowamas.

DIVIDEN yang akan dibayar atas modal SAHAM adalah sebanyak RM 2,514,351.50
Manakala DIVIDEN ke atas MODAL YURAN ANGGOTA akan dibayar sebanyak 5% dalam bentuk TUNAI yang berjumlah RM 461,446.00.

Sehubungan dengan itu, proses pembayaran DIVIDEN bagi Tahun Kewangan 2015 ini akan dilakukakan dengan cara "PINDAHAN" ke dalam akaun anggota-anggota yang layak.

Oleh itu, diingatkan kepada semua anggota-anggota yang layak, sila mengemaskinikan akaun keanggotaan anda dibahagian KEANGGOTAAN Kowamas di pejabat Urusan Kelana Jaya (HQ) dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini akan timbul di kemudian hari.

Sila hubungi 03-78049349 (Puan Aeysha) untuk mengemaskini akaun keanggotaan.

Pihak Anggota Lembaga dan Pengurusan Kanan Kowamas mengucapkan terima kasih diatas sokongan anggota-anggota semua.

Comments

Popular posts from this blog

PINJAMAN KOPERASI KOWAMAS 2024

Koperasi Kowamas 2022

PEMBIAYAAN PERIBADI BANK DAN KOPERASI 2022